GEORGE TOWN: Pulau Pinang mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari Sempena Hari Bumi hari ini.
Program anjuran Yayasan Amal Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri itu mencapai sasaran penanaman satu juta pokok tepat 11.30 pagi tadi dan disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi MBR Christoper Wong Hong Wai dan pegawainya Siti Nurhanim Mohd Noh.
Sijil pengiktirafan disampaikan Wong kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal TYT Pulau Pinang Datuk Seri Rozali Mohamud dan disaksikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada satu majlis di Seri Mutiara, malam ini.
Turut menyaksikan penyerahan sijil itu ialah Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri S. Sundarajoo, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rosli Isa dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Law Choo Kiang.
Ahmad Fuzi dalam ucapannya berkata program berkenaan merupakan satu kejayaan besar sekali gus mencatat sejarah baharu di negeri ini.
"Kita bukan sahaja telah berjaya menanam satu juta pokok, tetapi lebih daripada sasaran yang ditetapkan.
"Dengan kejayaan yang dicapai ini, kerajaan dan rakyat Pulau Pinang telah menunjukkan kebolehan yang luar biasa hasil daripada visi dan hala tuju yang jelas," katanya.
Sementara itu, Rozali berkata meskipun telah mencapai sasaran satu juta pokok, komitmen tinggi masih ditunjukkan rakyat negeri ini apabila sebanyak 1,251,512 juta pokok telah ditanam setakat 5.30 petang tadi.
Beliau berkata sebanyak 709,309 batang pokok ditanam oleh agensi awam; swasta (98,742); komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi berasaskan komuniti (CBO) (148,586); pihak sekolah (148,586) manakala 167,892 lagi oleh individu.
"Keseluruhan tempoh mulai dari perancangan, perolehan sumber, koordinasi dan pelaksanaan mengambil masa lima lima bulan sahaja dengan penglibatan semua pihak berkepentingan terdiri daripada jabatan kerajaan, agensi kerajaan, sektor swasta, ahli korporat, masjid, rumah ibadat, sekolah, universiti, institut pengajian tinggi, NGO, CBO dan individu tanpa mengira umur bangsa atau agama," katanya.
Chow pula berkata pencapaian penanaman satu juta pokok sangat penting dalam usaha menghijaukan Pulau Pinang, selari dengan Visi Penang2030 yang berinspirasi menjadikan negeri ini sebagai Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.
Beliau berkata usaha itu juga mampu meletakkan Pula Pinang di mata dunia sebagai sebuah lokasi pelancongan hijau dan pusat kajian strategik kemampanan selaras dengan kehendak kemampanan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di samping lokasi yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Siantifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Pulau Pinang mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari Sempena Hari Bumi hari ini. - Foto BERNAMA
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Cuti Aidilfitri: Pulau Pinang 'sesak' dengan pelancong
Pelancong tempatan dan luar negara membanjiri Pulau Mutiara hingga menyebabkan beberapa lokasi tumpuan menjadi sesak sejak awal pagi tadi.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Tesla aktifkan stesen pengecas super baharu di Pulau Pinang
Pengaktifan stesen itu melancarkan perjalanan pemilik Tesla untuk merentasi laluan dari Singapura ke Johor dan seterusnya ke Pulau Pinang.
P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.